Isnin, 14 Mei 2018

KISAH PILIHAN RAYA DI PARLIMEN BATU #PRU14

Assalamualaikum,

9 Mei 2018 adalah tarikh keramat bagi rakyat Malaysia, dimana kitaorang wajib mengundi untuk memilih Kerajaan mana yang kami hendakkan tapi ikut majoriti siapa menanglah kan. Bukan aku cakap nak si polan tu terus si polan tu menang hahaha kuat pulak kuasa aku. Oh No Man !!! Just kidding ^______^

Yer yer aku tau, aku dah lama tak bersidang dialam maya ni tapiiii sekarang akan bersidang setiap minggu, harap korang tak bosanlah baca surah-surah aku ciptakan ni. 
Oklah meh nak cerita sikit drama-drama di hari mengundi. Aku??? mengundi di Parlimen Batu...sayang nak tukar tempat mengundi walaupun dah berpindah dari taman yang ada seribu satu kenangan manis. Hello i tinggal di taman ni hampir 29 tahun kot kuikuikui.



Pagi nan indah Hari Rabu bersamaan 9 Mei 2018... mula-mula saje usya tempat mengundi tapiiiiii sekali tengok beratur sampai keluar pagar sekolah alamatnya kirim salam ajelah baik pergi sarapan pagi lagi bagus hahahaha.


Order Mee goreng mamak dan air teh ais...ohhh sedap yang amat sebab lama tak dapat nak menikmati dengan betul 2 menu ini ok. Dekat Korea ada tapi sepinggan dengan teh ais tu Rm40 jugaklah hahahaha. Dah ada kat Malaysia perlu nikmati tau.


Adik ipar aku ni memang satu kepala dan boleh diharapkan bila suka candid-candid gambar aku hahaha so aku pun layan ajelah tapi dalam hati nak lagi nak lagi...


Masa ni tengah rancak berborak dengan nadia nak pilih parti apa masa nak buang undi tu. Fikir punya fikir dapatlah jawapannya tapi undikan rahsia mana boleh bagi tau orang. Alhamdulillah kenyang jugak pagi tu walaupun mee goreng tak habis dan pass dekat nadia. Terima kasihlah adik ipar sebab bayarkan kuikuikui..






Jam 2 petang, aku dapat hidayah untuk pergi mengundi. Masuk kawasan mengundi rasa lega dah sebab tak nampak bayangan manusia beratur sampai keluar pagar sekolah dah tapiiiiiii bila naik tingkat 3 tu diaaaa beratur dari Blok A hingga Blok D !!!! Tepat 2 jam beratur selamat dah aku membuang undi. Masa inilah nak jumpa kawan-kawan lama tapi tak boleh lepak lama-lama takut abang polis marah..Risau kot i bagitahu i undi apa kahkahkah.. 



Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia... Ya Allah rindu zaman sekolah rendah tetiba*** bila masuk pagar sekolah ni.


Bukti jari berinai. Aku rasa ni dakwat inailah sebab bila aku bau memang bau inai. Orang lain puluh basuh tapi aku eh janganlah habis dakwat ni lagiiii.. nak tunjuk kat budak office sebenarnya hahahaha.


Ok dah jom balik...malam nanti meh lah berjaga menantikan keputusan SPR siapa yang menang. 

Kisah waktu malam hari :

Memang tak boleh nak tidur memikirkan kiraan undi dan siapa yang menang.. dalam otak esok nak kerja tapi mata ni tak bagi kerjasama tetap terang aje, kalau tak awal-awal dah minta pejam. Akhirnya jam 3 pagi terlelap jugak. Pukul 6.45pagi terjaga bersiap untuk ke office. Nasib tengok handphone dulu sebelum keluar rumah. Pelik jugak kenapa lengang aje taman hari ni sekali baca whatsappp cuti daaaa 2 hari  pordacikkkk betul lah. Apa lagi tukar baju lompat baliklah atas katil hahahahaha.


Esok malam punya cerita pulak. Selepas 2 jam Tun M jadi Perdana Menteri terus ajak Dila lepak Bukit Bintang tengok keadaan kat sana sambil makan odeng dan teh o ais limau. Jalan clear giler. Ko tengoklah gambar ni berani mati ambik gambar tengah jalan di segi tiga emas bukit bintang tau hahahaha. Nak tunjuk yang orang tak ramai. Lepas tu ada beberapa buah kenderaan penyokong kerajaan yang menang lalu sambil kibar bendera so kami pun sibuk jugaklah bersorak hahahaha.

Jom layan Video #pru14




Itu ajelah kisah #pru14 insyaAllah kita jumpa di #pru15 


Oklah keyboard dah tercabut good bye....


Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in