Selasa, 10 Oktober 2017

KOREA TRIP ( DAY 7 ) - PERSONAL SHOPPER

Assalamualaikum,

Hari ke 7, memang esoknya lepas subuh semua tidur balik sebab kepenatan yang melampau. So kitaorang bermalas-malasan atas katil hahahaha. Petang barulah keluar ke Myeongdong dan Hondae. Itupun sebab cari barang yang orang kirim. Thank you sebab sudi jadikan CNP personal shopper korang.


  Memandangkan suhu terlampau sejuk, so baju bulu-bulu ini ajelah yang dapat membuatkan CNP rasa selesa sangat. CNP beli di butik sekitar Myeongdong. Sejuk melampau tu bila berada kat luar rumah rasa nak cepat aje balik dan berbungkus dalam selimut hahahaha. Ibaratnya macam ais batu duk dalam baju kita fuhhhhh.


Berdua ajelah ke Myeongdong.. dapatlah dating kejap hahaha. Beli pepsi sebab dahaga sangat. Nasib sempat naik train terakhir kalau tidak balik naik teksilah jawabnya kuikuikui..


Barang kiriman kahkahkah..


Ini kes baju basuh kain habis so berlarilah kejap ke kedai runcit berdekatan tanpa baju sejuk. Hanya stokin dan mafla buat jadi tudung. 


Jumpa lagiiii... Esok ermmm InsyaAllah..


Isnin, 2 Oktober 2017

KOREAN WINTER TRIP (DAY 6 ) - YONGPYONG SKI RESORT

Assalamualaikum,

Lama menyepi sekejap, sekarang tak boleh dah nyepi-nyepi sebab banyak dah entry yang tertangguh untuk publish hehehehe...

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu ke Yongpyong Ski Resort.. Awal pagi memang semua dah bangun bersiap sebab perjalanan ke Ski ni makan masa selama 2 jam lebih. Malam sebelum tu kitaorang packing beg siap-siap untuk bawa ke Ski Resort.


Cara ke Yongpyong Ski Resort :

1. Gangbyeon Station Line 2 Exit 4 ( perjalanan dalam 1 jam dan melalui 18 station )

2. Keluar exit 4, lintas jalan betul-betul keluar dari exit 4 tadi dan masuk ke bangunan putih belah kiri selepas melintas (Dong Seoul Bus Terminal Station)

3. Cari kaunter bus, beli tiket ke Hoenggye Bus Terminal (14500 won (RM55)  - one way )

* Perjalanan 2 jam 30 minit, tiada stop kecuali di 2 stesen dalam 30 minit terakhir.

4. Sampai dekat Hoenggye Bus Terminal ambil shutter bus free atau teksi dalam ( 8300 won = RM32.00 ) ke Yongpyong Ski Resort. ( kalau macam tak pasti boleh je tanya orang kat kaunter bus dalam bangunan di terminal Hoenggye tu )

* kalau tak pasti Hoenggye bus terminal yang mana, korang tunjuk je tiket dekat driver bus tu nanti dia bagitahu ye atau tidak.



Permulaan perjalanan jauh....


With Fazly...


Beginilah Subway bawah tanah di Korea..



Inilah kaunter bus untuk beli tiket ke Hoenggye Bus Terminal / Yongpyong Ski Resort



Pergi balik seorang Rm110.00 rezeki kami, masa pergi dapat naik Eksekutif Bus so memang seleasa dan tidur aje sepanjang perjalanan sebab tempat melunjur kaki di sediakan sekali..


Kalau ikutkan bus gerak jam 11.05 pagi, dilla & aja pergi beli burger udang untuk bekalan untuk makan bila sampai di Yongpyong memandangkan masa ada dalam 15 minit lagi sebelum berlepas. Tetiba drive bus bagitahu dia nak gerak sekarang sebab kami je ke sana..aku dah cuak sebab dila dan aja dah pergi beli burger. Berlari aku cari diaorang nasib jumpa. Terpaksalah aku tebalkan muka cakap di kaunter yang bus dah tunggu kami dan perlu dapatkan burger dengan segera.. Lintang pukang jugaklah aku cakap korea janji orang kat kaunter faham hahahaha. Setle di kaunter berlarilah kami dengan selaju mungkin sampai aku terpaksa berlari sambil minta maaf takut terlanggar orang di stesen bus ni.. Fuhh akhirnya dapat semua naik bus hehehehhee..


Dalam bus Eksekutif ..


Inilah Hoenggye Bus Terminal, memandangkan budget ciput so tunggu shutter bus free ajelah..


Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak di Ski Resort ni..  Kami menginap di Hotel Yongpyong Ski Resort 1 malam aje itupun mengucap aku bila En Fendi cakap satu malam harga dia RM800++ FUHHHHHHHHH...


beginilah kalau 1st time jumpa salji dalam kadar yang banyak hahahahaha..





#MISIJEJAKWINTERSONATA







Bila suhu makin turun heater inilah yang banyak aku hadap untuk panaskan seluruh badan.. fuh mengcengkam sampai ke tulang tuuuuu..


Bukti suhu -10 ok !! walaupun suhu sejuk nak mampus tapi aku tetap kuatkan diri untuk main salji..iyelah bukan senang kot aku nak sampai sini hehehehe..


Stok makanan yang kami bawa untuk kehidupan di YongPyong Ski Resort..


Alatan memasak basic disediakan so tak perlu angkut periuk nasi pergi Korea hehehehe..





Bangunan belakang itulah tempat penginapan 2 hari 1 malam kami, demi jejak winter sonata wajiblah datang sini hehehehe..





Cafe di Puncak Dragon Peak... kena naik cable car untuk ke Puncak ni.


Siapa layan Winter Sonata mesti tahukan pelakon utama drama ni...



Esoknya, kami bergerak dari Ski Resort dalam jam 2pm dan terus ke Itaewon untuk solat dan makan di EID restoran.



Macam biasa Bulgogi menjadi pilihan hati aku hahahaha.. Sekali makan dalam Rm40.00 gituuuu


Odeng memang menjadi pilihan jajan jalanan untuk tekak aku makan hehehehe..kebetulan depan EID restoran ada jual so aku belilah 2 cucuk. 




Kehidupan di Itaewon waktu malam tetap hidup..sini penuh dengan orang Pakistan dan makanan halal.


Strawberry gemuk dan manis dijual tepi jalan.. Kalau beli di Myeondong memang mahal tapi selain tempat tu murah sikit..


Inilah cable car naik ke puncak ski resort..


Yeayyyyy sampai ke Dragon Peak !!!!






Akhirnya penutup game di Ski Resort kami naik slide di belakang tu...jerit macam apa aje tapi seronok sangat... InsyaAllah ada peluang akan ke sini lagi..



Kalau sesiapa nak layan video Korea trip 2017, boleh search youtube chanel 
CIK NURUL PINKY


Byeeee.... kalau ada pertanyaan terus email ciknurulpinky@gmail.com


 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy