Isnin, 21 Mei 2012

AL-FATIHAH BUAT KAMU DISANA....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya saya dapat lalui hari-hari bahagia bersama keluarga tersayang. Maaf lama tak update blog sebab kurang sihat minggu ni. InsyaAllah dalam masa terdekat ada mega sale untuk bulan ini seperti bulan-bulan lepas..

Oklah tak mahu cerita pasal benda tu kali ini, cuma kali ini saya nak kongsikan bertapa bahagianya kita bila mendapat kawan yang sangat-sangat baik. Malam tadi bila saya sampai ke rumah, saya lihat nadia ( adik CNP ) menung dan ada sedikit sembab dimatanya..rupanya dia menangis kerana kawan baiknya telah pergi meninggalkannya selama-lamanya itupun selepas 2 minggu kawannya pergi menghadap Ilahi baru nadia dapat tahu.

Tengah nak update blog tetiba saya nampak blog Nadia dah update..ayat-ayat yang dikarang memang membuat saya menitis air mata. Nampak nadia macam rasa bersalah sangat. Tapi ajal dan maut semua di tangan Allah kan tidak siapa dapat menduga.

Kawan nadia meninggal dunia kerana jangkitan kuman dari kucing.  Kuman tersebut telah merebak ke paru-paru dan otak. Patutlah nadia tak bagi kami-kami semua mencium kucing sangat-sangat rupa-rupanya ada sebabnya.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buatnya, semoga beliau tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh solehah...AL-FATIHAH....................

2 Orang Sayangkan Cik Nurul

alfatihah...semoga nadia tabah n selalu sedekahkan doa kepada kwnnye jika dia mahukan yg terbaik tok kwnnya tu.

Isnin, 21 Mei, 2012

Al Fatihah

Isnin, 21 Mei, 2012

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy