Rabu, 29 Februari 2012

CORETAN SI PINKY TIME DEMAM

Assalamualaikum pengunjung blog inidiarinurul.com

Hari ni memang down sangat-sangat sebab kepala dah berdenyut dan selsema, nasib My love ada so dia tolong sediakan panadol dan air suam. Thanks dear !! ^______^

Sepanjang minggu lepas, alhamdulillah semua email yang bertanyakan pelbagai soalan sempat CNP balas dan sempat berchit-chat dengan sebahagian pengunjung blog ini. Kamu semua sungguh comel ok !! Cuma siapa yang ada hantar pertanyaan melalui komen di entry blog sahaja lagi yang belum CNP berkesempatan balas. InsyaAllah akan cuba selesaikan dalam minggu ini yer.

Sekarang waktu tidur dah tak seperti dulu lagi jam 10 malam dah tarik selimut dan tepuk-tepuk bantal , sekarang kalau tak jam 12 malam memang tak boleh tidur. Mata pun dah macam SI PANDA !! Tapi nak buat macam mana sebab inilah kesukaan CNP, so saya tak pernah merungut. Janji semua customer saya berpuas hati, itu sudah cukup buat CNP.

Semua benda sebolehnya nak dikongsikan dalam blog inidiarinurul sebab CNP suka tengok gadis/wanita diluar sana kelihatan CANTIK ! Prinsip CNP sedang sahaja iaitu " kedekut ilmu tidak kemana " . InsyaAllah selepas ini akan ada tutorial yang akan CNP publishkan dari semasa ke semasa. Yang email request tutorial tu harap bersabar ok, yang pasti permintaan anda semua akan CNP tunaikan.

Terima kasih dekat Abg Aji dan Kak erna sebab selalu panggil Cik Nurul Pinky ketika berjumpa sampailah saya ambil keputusan untuk menggunakan nama samaran CIK NURUL PINKY @ CNP.

Harap demam dan selsema cepat pergi dari diri ini sebab ada job makeup hujung minggu ni huwaawww T____T




Kepada sesiapa nak medapatkan sentuhan CNP dihari bersejarah anda bolehlah email ke cnp_ciknurulpinky@yahoo.com untuk mendapatkan harga terbest ok.

sign Out - 12am-

2 Orang Sayangkan Cik Nurul

jgn lupe mamam ubat okey!

Rabu, 29 Februari, 2012

moga cepat sembuh.. dahler ada job minggu nikan..

Rabu, 29 Februari, 2012

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy