Selasa, 15 November 2011

TUTORIAL MAKEUP A TO Z

Assalamualaikum,

Hari ini CNP akan tunaikan tutorial makeup dari A hingga Z yang dah lama CNP janjikan, so korang boleh cuba pada diri anda sendiri yer.  Ada masalah yang kurang difahami boleh terus email pada CNP ok.

TATACARA SEBELUM MAKEUP


1. Sebelum makeup benda WAJIB yang perlu dilakukan ialah bersihkan dulu wajah.

2. Gunakan tisu lembab untuk sapu disekeliling muka untuk mendapatkan kesegaran kulit muka sebelum makeup. Boleh juga menggunakan ketulan ais batu dan sapu di seluruh muka mendapatkan kesegaran muka.

3. Moisturizer benda yang sangat penting perlu dipakai sebelum makeup, ini kerana untuk makeup menjadi tahan lama dan tidak mudah nampak rekahan di muka.




Wajah model diatas adalah berjerawat,kesan parut jelas kelihatan dan berminyak. Untuk mendapatkan hasil yang cantik sila ikuti langkah demi langkah dengan teliti yer.


TUTORIAL :

1. Semburkan facemist untuk segarkan muka.


2. Pakai moisturizer untuk lembabkan kulit. Sekiranya kulit jenis kering perlulah lebihkan moisturizer tersebut dan sekiranya muka berminyak hanya pakai sedikit sahaja.

3. Tutup segala jenis jerawat,eyebag,parut jerawat dengan concealer. Tidak dilupakan juga dibahagian tepi hidung turut perlu diberi perhatian.

4. Pakai foundation diseluruh muka termasuk bibir. Untuk pemakaian harian tidak digalakkan memakai foundation jenis STICK ini kerana dia akan menutupi liang roma kulit muka kita.Kecuali untuk makeup pengantin yang hanya dipakai untuk 1 hari sahaja.

5. Habis satu sapuan foundation tadi, sila sapu second round foundation dengan cara dap..dap sahaja.

6. Lepas tu pakai liquid foundation untuk menampakkan muka kita menjadi glow ( sikit je dengan cara dap..dap.. je - yang ini kena warna cerah sikit dari warna kulit muka )


7. Compact powder – hanya dengan cara dap..dap.. je untuk menampakkan sapuan sekata dan tahan lama. ( color pilih sama kulit )

* Dalam 1 hingga 2 jam baru kulit muka dengan makeup akan bersatu dan seri kecantikkan muka akan naik.

8. loose powder perlu disapu di seluruh muka dengan menggunakan berus. ( sekali lalu sahaja )

Untuk solekkan di bahagian kening, sila rujuk tutorial sorok kening ye.


9. Mula makeup mata dengan meletakkan loose powser di bahagian bawah mata supaya eyeshadow yang jatuh mudah disapu.

10. Sapu eyeshadow base dahulu secara dap..dap.. je menggunakan berus atau span.

11. Drop color di bahagian kelopak mata sahaja

12. Tarik kening keatas dan barulah blend secara membulat dengan menggunakan berus blend supaya menampakkan lagi tone color secara semulajadi.

13. Sapu kajal secara dalam dan luar dengan gunakan berus, sapu secara naik keatas dan gunakan berus untuk blend kajal dan base eyeshadow tadi.

14. Pakai mascara untuk melentikkan bulu mata tersebut.

15. Sebelum pakai bulu mata, potong lebihan hujung bulu mata tersebut, sapu gam dan buat mcm bentuk “ u “ untuk regangan sikit hehe.

16. Pakai mascara secara ZigZag. Untuk bulu mata bahagian bawah pula pilih mascara jenis sikat.

17. Baru bersihkan loosepowder dibawah mata tersebut.

TEKNIK MANCUNGKAN HIDUNG

18. Gunakan warna gelap dari kulit betul-betul di tulang hidung, ( guna berus serong sikit ) Then baru sapu ke tepi hidung kiri dan kanan.

19. Bawah mata just highlightkan untuk dinner or wedding sahaja.

SHADDING PIPI

20. Warna gelap, dap..dap..kan je dari sideburn ke bawah untuk shadding. Sapu blusher di tulang pipi secara naik ke atas. Jangan sesekali sasapu diatas shdding tadi.

TIP : Kalau blusher warna pink, lip pun mestilah warna pink baru naik serinya hehe.

21. Kalau muka jenis bulat, shadding di keliling muka untuk menampakkan kecil sedikit.

22.Lipstik pun perlu blend, kalau bibir kecil lebihkan sikit kebawah. Bentukkan bibir guna lipliner. Last sapu lipgloss untuk menampakkan bibir comel.

23. Habis makeup semburkan balik facemist tadi untuk menampakkan muka glow sikit dan kecilkan pori-pori dan freshkan kulit muka secara tidak langsung.

Nak tengok hasil setelah model tadi dimakeupkan??? sila scrool ke bawah yer hehehehehe  ^ _ ^




Makeup akan sekata dengan kulit wajah kita dalam masa 2 jam. Inilah hasil yang sempat CNP hasilkan. Lepas dah makeup bagai ni terus g lepak Starbucks.



Dibahagian mata, CNP banyak mainkan soket dihujung matanya disebakan matanya jenis bulat dan bundar.
Sekiranya ada yang kurang faham silalah email pada saya ye dan yang ingin order apa-apa jenis barang makeup silalah email saya juga.



Oklah CNP buka pada anda semua untuk tentukan promosi akan datang, Barang makeup apa yang anda semua nak CNP buat sale ? Sila drop komen di bawah entry ini yer, InsyaAllah CNP akan tunaikan.


17 Orang Sayangkan Cik Nurul

wah kelas ko dik...dah ade tutorial....i likeee...leh praktik kan nanti ni...thanks nurul...byk2 lagi le buat tutorial....

Selasa, 15 November, 2011

ala... tutorial x de gambarla..... tunjukla gambar step by step, barula best hehehe...

lain btul muka dilot sebelum dan selepas mekap, apa kata tuan empunya badan?

Selasa, 15 November, 2011

sy suka bermakeup

Selasa, 13 Mac, 2012

nak promosi utk krayolan

Rabu, 22 Ogos, 2012

Xreti pki concaeler..kalo.pki pun msti ilang blk

Selasa, 09 Oktober, 2012
Tanpa Nama

saya ska make up tp x tau mcm mna,x menjadi bila buat apa warna sesuai pun x tau.dan make up x tahan lama:-( muka b.jrwat dan b.myak adoi!! tension la.lagi 1 boleh x aja cra pakai bulu mta.

Ahad, 28 Oktober, 2012

yunk, u pakai krayolan ke. Krayolan memang terbaik, dulu cik pelita bertunang pun make up sendri pakai krayolan, hasilnye memang superb.. Jum lepak blog CPM Pelita Hiasan , leh godek2 entry mase cik pelita bertunang.

Sabtu, 15 Disember, 2012
Tanpa Nama

Kalo tanpa pakai concealer make up bole tahan lame x??

Ahad, 13 Januari, 2013

muke saye jenis yg mudah sgt bminyak..then pkai make up..cpt sgt ilang..cane ek?

aizatulnurulain@yahoo.com

Rabu, 27 Mac, 2013

Salam.. sy nk share link blog ni kat blog sy boleh? Bila ada kelas makeup sy nk join?

Selasa, 02 April, 2013

salam sy nak tahu mosturizer apa yang sesuai ye.. boleh x senaraikan mosturizer yang de d pasaran

Jumaat, 05 Julai, 2013

@Tanpa Nama

concealer ni wajib kalau kita nak makeup dear..

Jumaat, 12 Julai, 2013

@aizatul nurulain

muka jenis berminyak kena kurangkan kuantiti concealer tersebut..

Jumaat, 12 Julai, 2013

@Timot

Boleh dear...silakan..

Jumaat, 12 Julai, 2013

@Zatil Azura Bt Zulkaeli (D20102044994) Group EL A31

InsyaAllah saya akan senaraikan apa yang terbaik yang pernah saya guna yer..

Jumaat, 12 Julai, 2013
Tanpa Nama

Boleh x bgi thu sye care ngn melihatkn
sperti gmbr ke. Sye bru nk bljar mghias dri gne kn make up.

Isnin, 02 Mac, 2015

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy