Isnin, 25 April 2011

CONTENGAN TENGAH MALAM

Jam menunjukkan jam 12.41am namun mataku masih belum terlena..selalunya jam 10.00pm sudah mula kuyu dan akhirnya layu di tasik madu pewiitttt !

Mengupdate blog,  sambil mendekati diri mendengar lagu Maher Zain- InshaAllah...Ya Allah bertapa kecilnya aku di sampingMu Ya Allah...Alhamdulillah..Lagi seminggu aku akan bertolak ke tempat yang sudah lama ku impikan dalam hidup, walaupun ku tahu ianya sekangkang kera aje namun aku happy sebab ini semua dari My love tersayang...tak terduga dek fikiran, aku akan mendapat hadiah ulangtahun kelahiran yang ke 25 tersangat istemewa..ohh tidak lupa juga hadiah dari pa dan ma..walaupun aku sudah bersuami namun kasih sayang mereka langsung tidak berubah walaupun SETITIK ! aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang berasaskan kasih sayang, malah aku juga tidak terfikir yang suatu hari aku mendapat ibu mertua yang sangat baik sekali..Terima kasih Ya Allah ^_____^



Baju kurung moden dipenuhi labuci yang sangat comel adalah hadiah mama sempena birthdayku yang ke 25 tahun hehehe..boleh mama tidak percaya pada pertambahan umurku ^______^ Mama memang sangat comel hehehehe.

Percutian kali ini ialah percutian terakhir buat aku dan suami, ini kerana kami perlu mengumpul wang yang agak banyak untuk ke satu destinasi yang menyeronokkan dan menggembirakan kedua ibubapaku..inshaAllah moga Allah permudahkan urusan keluargaku semua aminnnnn. Ohh ye, adik bongsu dapat hadiah basikal warna pink atas kejayaannya mendapat keputusan yang sangat memberangsangkan dalam peperiksaan di sekolahnya Tahniah dan syabas Masturina Nazurah. Semoga adik dapat mencapai cita-cita adik sebagai seorang saintis..aminnnn.

Dalam usiaku yang sudang menjangkau 25 tahun, aku gembira dengan kehidupan ku sekarang walaupun aku dan suami belum ada rezeki mendapat cahaya mata namun kami redha dengan ketentuan yang maha Esa..aku sentiasa sabar menanti rezekiMu Ya Allah..




Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan aku semoga mendapat cahaya mata...jasa korang sangat-sangatlah aku hargai...sayang korang semua ^______________________^

2 Orang Sayangkan Cik Nurul

wahh teharu nya baca coretan kak nurul....sob3... (T_T)

Isnin, 25 April, 2011

terima kasih ain hehehe>>jangan nangis tau ;)

Isnin, 25 April, 2011

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy