Isnin, 4 April 2011

BILA KHAIRUL AFHAM RINDUKAN BUBUR MASAKAN MAMA

Assalamualaikum,

1st, nak ucapkan jutaan terima kasih kepada korang semua yang bagi sokongan pada Cik Nurul Pinky untuk terus menulis blog..sangat terkejut dan teruja bila ada orang yang menanti kehadiran entry-entry baru diblogku walaupun kutahu blog ini tak adalah popular macam Cik Epal, Hanis Zalikha dan lain-lain.. Apa-apa pun terima kasih ya ;)

Wokey, semalam lepas tengok Anugerah Bintang Popular ohh ye abg sam aku menang yahooooo !!! *tetiba je..sambung kembali huhu sempat tu mencelah..aku sesaje buka blog mana-mana yang menarik hatiku, lantas ternampak blog adik bujangku yang duk jauh nun di Rusia ada update entry terbaru dan boleh membuatkan ku ketawa dan adakalanya terasa sedih dan sayu sangat hehehe.

Nah ambik aku copy & paste terus dari blog adik bujangku yang solo terang tang-tang  :)


Assalamualaikum wbt,


Hari ini aku demam,bangun2 badan panas,sakit tekak macam ada orang hiris kat tekak aku,batuk & selsema.So aku terpaksa gagahkan diri untuk tidak pergi kelas walaupun cikgu aku da cukup ganas(gendoyan),nanti kalau aku pergi gak mesti ada yang demam lepas ni.

Bangun dari tidur,standard la orang sakit,nak makan bubur,makan ubat pastu selubung balik dalam selimut,tapi kalau la Mama ada,semua ni mesti dia tolong buatkan,(aku berangan je la).sebab tu aku tetiba rajin nak tulis blog walaupun tengah demam,try jadi kuat,hahah..bila da teringat mama ni macam2 la jadinya.

Dulu waktu aku kecik,aku selalu marah kat mama(aku budak nakal,tapi bila mama buat muka sedih,aku pon sedih balik,hahahha) ,aku selalu tanya macam ni kat mama,

"ma..kenapalah kita asyik balik kg. naik kereta,kerol sakit kepala la naik kereta jauh2 ni,bila nak bawak kerol naik kapal terbang?"

Aku budak yang xtahu apa2,xtahu yang pa & ma time tu mampu beli kereta je,tapi anak dia ni xreti n xpaham nk bersyukur,mama aku diam jela sebab xtahu nak response apa dengan aku.Tapi sekarang aku baru paham,walaupun dia xpenah belikan tiket kapal terbang untuk aku,tapi pa & ma la yang buatkan aku naik kapal terbang macam naik kereta hari ini,terima kasih Ma & Pa.Kerana kasih sayang mereka membesarkan aku dengan cara mereka,aku menjadi seorang manusia sebenar harini.Pa & Ma,tiada ungkapan mahupun perbuatan ku yang mampu membalas semua kasih sayang mu,Allah je boleh balas segalanya.

Aku susah nak lupa benda2 waktu kecik aku ni..heheheh. Ada satu ketika,waktu tu kat kampung,aku pernah tanya mama kat dapur,mama tengah masak, " Ma,Allah tu lelaki ke perempuan?" time tu aku umur 3-4 tahun kalau xsilap aku. Mama pandang aku,terkejut anak dia tanya macam tu!!,pastu dia pukul aku,aku xpaham pastu aku menangis,mama peluk aku.Sekarang baru aku paham kenapa dia pukul aku waktu tu,mungkin dia risau anak dia hebat sangat sampai boleh pikir bnd ngarut2 ni,Ma,jangan risau eh..ma da bagi kerol ajaran yang cukup untuk kerol paham pasal Islam :)

Itu benda2 yang jadi waktu aku kecik,sampailah aku da boleh mengundi pilihanraya(teka sendiri berapa umur aku).

Sekarang,mama da xsekuat dulu,mama asyik letih bila balik kerja,tapi apakan daya,nak pencen awal xboleh,anak2 tengah belajar lagi,nanti kesian papa seorang2 cari duit,Sekarang,aku rasa takut nak call waktu tengah2 minggu,sebab nanti bila cakap dengan mama,suara macam orang xbermaya,penat balik kerja,bukan apa,x terganggung rasa pilu kat hati dengar suara kepenatannya,tapi kalau Msia ada cuti umum,aku call hari2 pon xpe..sebab mesti suara segagah umurnya 23 dulu..hahahah..

Erm,itulah benda2 yang aku teringat n sekarang teringatkan ma(sebenarnya nak makan bubur ma masak..hahah) Sekarang ni,wpn xde awek,konon2 orang kata nak ada tempat cerita masalah la,tempat tenangkan diri..hahahah,tapi ma aku pun macam awek gak,boleh je dengar semua masalah2 aku,dia tahu semua perempuan yang aku kawan,lagi senang hidup aku,cerita kat dia,dia xde rase jeles2..hahahha..otai x??:P

Aku sebenarnya nak ajak korang supaya menghargai ibu bapa,aku tahu semua orang pon sayang mak ayah dia,tapi kalau la aku boleh kerja sekarang,xperlu la mereka susah payah nak kerja lagi.MA & PA,kalau terbaca apa yang kerol tulis ni..kerol nak bagitahu yang kerol sayang Ma & Pa,hehehe..anak laki lain,ada beran??tulis la mcm ni tuk parents korang?hahaha..xpela..masing2 ada cara untuk tunjuk cara mereka menghargai dan sayang kat parents diorang.Sebagai yang terakhir,aku hadiahkan ini untuk ma,

( maaf, video yang adik aku tujukan untuk mama dan papa aku tak dapat di copy , so korang silalah ke blognya kalau nak tengok yer )

p/s :" ma,nanti kerol bawak ma naik kapal terbang plak :) "



Inilah adik ku Mohd Khairul Afham B. Mohd Azemi
Tahun lepas, beliau terpilih menjadi Timbalan Presiden Kelab Umno Volgograd Rusia dan diterbangkan dari Rusia ke Malaysia untuk menghadiri perhimpunan Umno di Pwtc.



Bab bergaya memang ikut kakaknya hahaha.


Pakaian bedah di hospital Rusia..


Semasa persidangan Umno, bersama Pak Lah.


Bercuti ke London, semasa cuti winter.


Bercuti ke Sepanyol..


Salji penuh dan tebal dibelakang apartment yang adik aku tinggal.

Now, yang memang sebijik ikut muka dan perwatakan adik bujangku itu ialah :

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Masturina Nazurah, adik bongsuku..bila abang dia balik hehehe macam-macam di pow kahkahkah..Now adik bongsuku ini tengah belajar gila-gila sebab nak pecahkan rekod upsr abang dia ;) Good Luck adik..

Dulu kami adik-beradik hanya mampu pandang aje bila orang lain dapat menaiki kapal terbang, tapi sekarang,  Alhamdulillah boleh dikatakan setiap tahun ada aje percutian kami sekeluarga yang memerlukan kami semua menaiki kapal terbang. Pa dan ma memang terbaik untuk kami semua, walaupun sebesar mana permintaan kami, mereka tetap tunaikan cuma lambat atau cepat aje.

Dulu aku, nadia dan khairul hanya mampu menaiki kereta proton saga aje tapi aku berbangga sekurang-kurang kami ada juga kereta yang boleh dibawa pergi berjalan-jalan. Tidak seperti Afifa dan Nazurah, mereka lahir dalam keadaan perubahan ekonomi keluarga yang sudah kukuh waktu itu dan mereka sudah tidak dapat merasa bagaimana nikmat menaiki kereta Proton saga ketika itu HAHAHAHA. Mereka lahir FERRARI, BMW, TOYOTA ALPHAD & PORSCHE dah wujud dirumah kami  KAHKAHKAH...Ini kalau adik-adik aku baca mahu tergelak bila tengok nama-nama kereta tu..wokey bab nama-nama kereta tu aku story 1 entry khas yer ;)

Bye semuaaaa....

2 Orang Sayangkan Cik Nurul

alalalo sian adik nurul rindu mama eh... bila dah jauh lg la terasakan...

Selasa, 05 April, 2011

alhamdulillah sejuk perut mak ko nurul ade anak berjaya mcm ni..belajar bagus sampai ke oversea....alhamdulillah......

Khamis, 07 April, 2011

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy