Rabu, 27 Oktober 2010

DARI RUSIA KE PWTC

Alhamdulillah, masa entry ini dipostkan adik lelaki aku, si Khairul telah selamat sampai di Rusia.. Ramai yang bertanya padaku berapa lama masa yang diambil oleh Khairul untuk sampai ke tempat menimba ilmunya dan inilah jawapanku hehehe. Dari Klia --> Singapore 45mimit --> dari Singapore ke Moscow 10 jam tak silap --> dari Moscow ke Volgo 2 jam kalau menaiki flight tapi kalau menaiki keretapi dan bas boleh makan masa antara 15 jam hingga 18 jam.

Tahun ni dah 3 kali dia pulang ke Malaysia, 1st bulan Feb yang lepas sebab mimpikan mama, 2nd balik bercuti selama sebulan hujung bulan 7 dan last bulan 10 baru ni sempena Perhimpunan Umno. Kiranya balik kali ini semua tiket flight Umno tanggung. Adik aku sorang ni memang dari kecil lagi dah tunjuk minat untuk memimpin, kiranya dari sek ren,men dan ke alam Universiti sikap memimpinnya masih kuat..ikut siapa ye?? ohhh nanti aku ceritakan adik aku ikut siapa di entry akan datang ok..



Mohd Khairul Afham B. Mohd Azemi anak lelaki tunggal dalam keluargaku, kami sangat rapat kiranya walaupun duk jauh beribu batu namun sentiasa berhubung. Masuk tahun ni hampir 4 tahun Khairul tak beraya bersama kami huhuhu sedih ooo tapi Webcamelah penghubung dimalam raya ;)


 


Nampak tak anak panah tu?? hah itulah adik aku...terkejut gak bila dia suruh aku belikan surat khabar ingat saje nak baca rupanya ada makna ooo..



Inilah ucapan ringkasnya pada wartawan yang menemuramahnya..haiii mula-mula aku tengok tak perasan pun cuma aku peliklah hai apek cina mana lak pakai songkok ni hahahahaha rupanya adik aku daa bila dia tunjuk kahkahkah..Semalam, Khairul selamat pulang ke Rusia, kami hantar ke Klia...sedih tak sedih jugaklah sebab dia kerap balik..inshaAllah bulan 7 tahun depan muncullah dia kembali di bumi Malaysia...

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy