Rabu, 1 September 2010

SAMPUL RAYA @ DUIT RAYA

Ya Allah lagi 8 hari kita semua akan menyambut lebaran..Allahuakhbar!! sungguh cepat masa berlalu. Tahun ini, turn aku beraya di Kuala Lumpur rumah My love, bukan main lagi gembira sakan terselah dimukanya bahkan segala persiapan sungguh hebat...adios!

Baju raya aku belum siap dijahit lagi. Ya ampun mama mertuaku risau anak menantumu ini HAHA. Mak mertuaku tukang jahit so memandangkan tahun ini beraya bersamanya,  so nampak gayanya memang last minit lah siap T__________T  tapi tidak mengapa janji siapkan..kan..kan..

Ehh siapa nak duit raya??? syarat-syaratnya ialah umur mesti TIDAK  lebih 17 tahun. Lebih terus ditolak ketepi walaupun menangis air mata PINK tetap tak bagi kecuali cakap Nurul comel dan sweet macam pink ok tak pe boleh di timbang rasa HAHA..sangat jelek situ kedengarannya..My love baca,  pasti semua budak-budak yang salam ngan aku disuruhnya cakap " nurul comel dan sweet macam pink "  lagi haru kang.bukan betul pun Mr Fendi.

Tahun ini sampul raya familyku ditempah khas dan BUKAN SEMUA yang akan dapat tapi hanya SEGELINTIRNYA SAHAJA sebab limited edition punya KAH..KAH..KAH.. orang lain dah bertahun buat tak kecoh pun. aku yang baru 2 tahun buat kecoh 1 dunia HAHA..aku tak kisah pun janji aku cerita apa yang aku nak cerita..nak dengar cerita aku tadah aje mata tu ngeh..ngeh..ngeh.. Memandangkan tahun ini tema MERAH hah dah bocor warna tema..ini mesti sepupuku Anis, Fatini,Syahmi, Noraini baca dah tahu warna tema familyku tahun ini..ehh tak aci ni..korang tema apa yer?? cepat mesej bagitahu tau.

Aku dan suami akan pulang ke Kelantan & Terengganu pada pagi raya ke 3, menaiki pesawat AK 123 ehh entahlah apa no sirinya pun aku tak tahu semuanya akan diketahui bila lagi sehari dua nak terbang barulah terkedek-kedek print tiket. Hah masa tu baru tahu dengan jelas butiran segala mak neneknya. Tetiba rasa tak sabar nak raya..biasalah perantauan katakan. Hari ini membebel bagai mak nenek hilang tongkat..ada ke pepatah macam ini?? andaikan ada cukuplah ye. ;)


 

Inilah sampul raya familyku untuk tahun ini hasil rekaanku..wah merah mak ngah oiiiii...hehehehe..Mama aku saje je nak lain dari yang lain terus out dari tema.. Gambar ni diambil sebelum hantar Khairul ke airport. Sedih tahun ini pun Khairul tak sempat beraya bersama kami sekeluarga. Tuntutan ilmu punya pasal tidak mengapa.

Ok now nak pergi siap design kad raya pulok hehehe.

4 Orang Sayangkan Cik Nurul

nak juga duit raya, pos le kat sini sikit...

Performance Bulan Ogos

Rabu, 01 September, 2010

e'eh comel laa nurul sampul raye ko tu...siap ade pic family lagi hah///tomey kan.....merah lagi hah tema...nimesti tahun lepas punye gambar kan......

wah syok jek lik kg....siap berflite2 bagai hah...ye la korang lik jauh2 yeak...

Rabu, 01 September, 2010

ehem ehem jangan lupa duit raya Farhan & Emily tau.. budak bawah umur tu... hehehhe

Khamis, 02 September, 2010

[...] Che su, Rahaimi, Kak Mimi, Kimi duit raya yang korang requestkan tu pada entry ini akan menyusul selepas Aidilfitri yer…Hahahaha yang lain siapa suruh tak letak dalam komen ada [...]

Rabu, 08 September, 2010

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy