Ahad, 4 April 2010

HIDUP HANYA UNTUK TIDUR

Sok..sek..s0k..sek hidung ni.nak kata selsema tidak tapi kadang-kalalah err paham tak??suara pulak mengalahkan Ella yang baru lepas buat konsert rock..tak percaya??tanyalah Kak Mimi yang kebetulan call aku time tu..


Balik dari kerja,terus baring..malas pulak masa tu nak mandi.tapi bila rasa badan memang down sangat-sangat,gagahkan juga menuju ke bilik air untuk bersiram...cisss bajet macam permaisuri yer.


Selesai aje mandi gagahkan diri untuk solat asar pulak..tapi sebab Allah terpaksa jugak..oppss bukan terpaksa tapi KENE jugak.lepas itu,makan nasi dengan selera yang tinggi walaupun rasa macam nak demam..peliklah pulak sebab sebelum ini,kalau aku demam makanan comfirm tak nak pandang.bukan geli tapi tiada selera.


Makan ubat terus lena dibuai mimpi yang tidak tahu apa-apa.sedar-sedar jam 2am,My love tengah lapkan seluruh badanku dengan AIS BATU!gila ko sejuk..tambah-tambah pagi buta tuu..masa tu rasa terharu jugak iyelah My love sanggup bersengkang mata demi aku..padahal malam tadi dia tidur lambat siapkan kerja yang berbaki..


Namun pagi keesokkannya aku dilap sekali lagi dalam jam 8.30am..adoii sejuknya sampai ketulang tapi apakan daya nak sembuh cepat reda ajelah...inilah pertua arwah neneku yang masih diamalkan..makan ubat terus tidur..Jam 1.30pm baru terjaga..makan ubat dan tidur lagi..jam 7pm barulah bangun terus mandi..


Wah segarnya badan..hari ni rasanya hidup hanyalah untuk tidur aje..rasa macam malam nanti susah nak tidur aje..tapi tekaanku meleset..sekejap aje aku lepak guling-guling ke kiri dan ke kanan dalam bilik tidur mak mertuaku,sedar-sedar My love mengangkatku masuk bilik..HAHAHA...ingatkan aku tidur dengan mak mertuaku malam tu tapi no..no..no..


Berat badanku yang sebelum ini menurun kini meningkat secara mendadak...aku tidak boleh berdiri lama sebab kadang-kadang rasa mahu rebah menyembah bumi..pening tu jangan cakaplah..selang berapa minit compem pening balik..adoiii.


Publish secara laju,sebab nak tengok tv haha..bye.

5 Orang Sayangkan Cik Nurul

akak ni risau tgk ko kejap demam...kejap dah dah okey.....gi la cek betul2 nurul....mane tau ade berita gembira ke hehehehehe...

amboi tdo ngan mak mertua you.....bagus tul anak menantu camnie hehehehe

Isnin, 05 April, 2010

semoga cepat sembuh!

Isnin, 05 April, 2010

hope u get well soon :)

Isnin, 05 April, 2010

LIEYA LATIF --> inshaAllah kak,nurul tak der paper..sekarang ni pun kerap jumpa doktor..

CHENTA --> thanks you..i makan ubat secara over dose tau..

CIK EPAL --> thanks dear..

Selasa, 06 April, 2010

wah..over dose itu bahaya!

Selasa, 06 April, 2010

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy