Khamis, 24 Mei 2018

KRABI TRIP - DAY 1

Assalamualaikum,

Jom layan cerita Krabi Trip pada 19 - 21 Januari 2018 !! Siapa kata kalau nak fly ke oversea kena duit berkepuk-kepuk puluh ribu??? Aku dah buktikan pun hahaha.

Kali ni office trip undian menang ke Krabi. Terima dengan redha sebab tak penah jejak hahaha. Alhamdulillah trip ni budget Rm700 lebih kurang. Thanks you Duna walaupun tak dapat join tapi dialah uruskan segala-galanya.


10 pagi berkumpul di office dan bergerak secara berkumpulan. Kongsi kereta gitu nak jimat. Kami parking di station Salak Tinggi. Sehari RM8.00 so kongsilah sebuah kereta. Dari station salak tinggi ke Klia 2 naik ERL tiket Rm4.90 kalau tak silap ingat-ingat lupa dah. Korang kena ingat ERL akan masuk KLIA Airport dulu barulah KLIA 2. 


Alhamdulillah pertama kali travel aku yang kena uruskan bahagian check in semua, almaklumlah sebelum ni boyfriend i yang setlekan kuikuikui.


Masa ni gembira yang amat nak terbang walaupun dalam hati aku tu hanya Allah aje tau debarannya. Gayatkan itu pasal jadi macam tu. Travel nak jugak tapi gayat tetap ada. Nasib ada Ayu dialah tempat aku berpeluk hahaha.


Muka ceria sebelum berlepas jam 5.05pm... flight pergi kurang best sebab ada gegaran jugak siap terdiam kejap dalam flight terutama sorang tu sampai minta gula-gula dengan orang sebelah sebab pening kepala hahahahaha. Perjalanan 45 minit aje pun.



Inilah hasil tempahan Duna, ambik ko VVVIP van dia tempahkan (krabitoptour) untuk kami semua. luar van nampak biasa je tapi dalam macam kasino woiiii. Van ni kami tempah untuk pickup dari airport ke hotel dan dari hotel ke airport time balik nanti. Harga RM150.00 pergi balik kebetulan masa kami booking ni ada promosi.



Sampai Hotel Riverside di Krabi town jam 7.30pm, check in dan setle apa yang patut terus keluar cari makan. Perut dah menari dangdut masa ni. Aku order nasi goreng Tomyam dan teh o ais...


Setle makan, naik tut tut ke Aonang kena 400 bath, perjalanan dalam 30 minit jugaklah. Dapatlah kitaorang cuci mata dengan keadaan sekeliling dan ambik angin malam di Krabi.





Hampir 2 jam dok merayap di bandar Aonang ni. nasib imanku kuat tak shopping apa-apa pun kat sini sebab dah tau harga dia agak mahal sikit. Tapi kalau korang nak murah beli dekat area masjid Aonang. 


Termakbul jugak nak makan pulut mangga, akhiranya satu tut tut makan sekali..masa tu sambut birthday bos hahaha.


Kasut biru tu sebenarnya kasut snookeling tapi tibai ajelah, last-last sakit tapak kaki hahahaha.


Nutella pancake pun kami makan hampir dikatakan setiap malam hahaha..


Masa ni misi mencari Sumi kes anak dia dah melalak tapi maknya sibuk shopping kuikuikui...


Sejak join department baru ni, 1st time dapat bercuti bersama-sama, masing-masing semua kepala masuk air itu yang layan ajelah.

Memandangkan anak sumi dah mengamuk so kami naik balik tut tut yang bawa kami tadi untuk balik ke hotel. kena rehat betul-betul malam ni sebab esok aktiviti pulau dari pagi sampai petang.

Video Krabi Trip :




Oklah jari dah kejung...bye...



Isnin, 14 Mei 2018

KISAH PILIHAN RAYA DI PARLIMEN BATU #PRU14

Assalamualaikum,

9 Mei 2018 adalah tarikh keramat bagi rakyat Malaysia, dimana kitaorang wajib mengundi untuk memilih Kerajaan mana yang kami hendakkan tapi ikut majoriti siapa menanglah kan. Bukan aku cakap nak si polan tu terus si polan tu menang hahaha kuat pulak kuasa aku. Oh No Man !!! Just kidding ^______^

Yer yer aku tau, aku dah lama tak bersidang dialam maya ni tapiiii sekarang akan bersidang setiap minggu, harap korang tak bosanlah baca surah-surah aku ciptakan ni. 
Oklah meh nak cerita sikit drama-drama di hari mengundi. Aku??? mengundi di Parlimen Batu...sayang nak tukar tempat mengundi walaupun dah berpindah dari taman yang ada seribu satu kenangan manis. Hello i tinggal di taman ni hampir 29 tahun kot kuikuikui.



Pagi nan indah Hari Rabu bersamaan 9 Mei 2018... mula-mula saje usya tempat mengundi tapiiiiii sekali tengok beratur sampai keluar pagar sekolah alamatnya kirim salam ajelah baik pergi sarapan pagi lagi bagus hahahaha.


Order Mee goreng mamak dan air teh ais...ohhh sedap yang amat sebab lama tak dapat nak menikmati dengan betul 2 menu ini ok. Dekat Korea ada tapi sepinggan dengan teh ais tu Rm40 jugaklah hahahaha. Dah ada kat Malaysia perlu nikmati tau.


Adik ipar aku ni memang satu kepala dan boleh diharapkan bila suka candid-candid gambar aku hahaha so aku pun layan ajelah tapi dalam hati nak lagi nak lagi...


Masa ni tengah rancak berborak dengan nadia nak pilih parti apa masa nak buang undi tu. Fikir punya fikir dapatlah jawapannya tapi undikan rahsia mana boleh bagi tau orang. Alhamdulillah kenyang jugak pagi tu walaupun mee goreng tak habis dan pass dekat nadia. Terima kasihlah adik ipar sebab bayarkan kuikuikui..






Jam 2 petang, aku dapat hidayah untuk pergi mengundi. Masuk kawasan mengundi rasa lega dah sebab tak nampak bayangan manusia beratur sampai keluar pagar sekolah dah tapiiiiiii bila naik tingkat 3 tu diaaaa beratur dari Blok A hingga Blok D !!!! Tepat 2 jam beratur selamat dah aku membuang undi. Masa inilah nak jumpa kawan-kawan lama tapi tak boleh lepak lama-lama takut abang polis marah..Risau kot i bagitahu i undi apa kahkahkah.. 



Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia... Ya Allah rindu zaman sekolah rendah tetiba*** bila masuk pagar sekolah ni.


Bukti jari berinai. Aku rasa ni dakwat inailah sebab bila aku bau memang bau inai. Orang lain puluh basuh tapi aku eh janganlah habis dakwat ni lagiiii.. nak tunjuk kat budak office sebenarnya hahahaha.


Ok dah jom balik...malam nanti meh lah berjaga menantikan keputusan SPR siapa yang menang. 

Kisah waktu malam hari :

Memang tak boleh nak tidur memikirkan kiraan undi dan siapa yang menang.. dalam otak esok nak kerja tapi mata ni tak bagi kerjasama tetap terang aje, kalau tak awal-awal dah minta pejam. Akhirnya jam 3 pagi terlelap jugak. Pukul 6.45pagi terjaga bersiap untuk ke office. Nasib tengok handphone dulu sebelum keluar rumah. Pelik jugak kenapa lengang aje taman hari ni sekali baca whatsappp cuti daaaa 2 hari  pordacikkkk betul lah. Apa lagi tukar baju lompat baliklah atas katil hahahahaha.


Esok malam punya cerita pulak. Selepas 2 jam Tun M jadi Perdana Menteri terus ajak Dila lepak Bukit Bintang tengok keadaan kat sana sambil makan odeng dan teh o ais limau. Jalan clear giler. Ko tengoklah gambar ni berani mati ambik gambar tengah jalan di segi tiga emas bukit bintang tau hahahaha. Nak tunjuk yang orang tak ramai. Lepas tu ada beberapa buah kenderaan penyokong kerajaan yang menang lalu sambil kibar bendera so kami pun sibuk jugaklah bersorak hahahaha.

Jom layan Video #pru14




Itu ajelah kisah #pru14 insyaAllah kita jumpa di #pru15 


Oklah keyboard dah tercabut good bye....


Isnin, 11 Disember 2017

VIETNAM TRIP

Assalamualaikum,

23 - 27 Julai 2017 terbanglah kami ke Vietnam selama 5 hari 4 malam. Trip ini adalah trip chil chil and relax aje... Perjalanan ke Vietnam mengambil masa 2 jam setengah.


Ramai yang tanya mana aku beli beg baju ni..aku beli kat Leather Avenue brand Amour batch 1.


Sampai Airport, kami ambik uber untuk ke hotel. Alhamdulillah lagi murah dari teksi airport.



Nampak tak bangunan belah kanan aku tu? itulah pasar Bent Than.. dekat sangat-sangat..turun naik aje hantar barang hehehe.






Bagus budak ni.. banyak bagi diskaun aku beli beg dekat dia..





Inilah pintu utama Bent Than... penat memang penat tapi kalau datang jauh tak habis pusing sekitar Vietnam ni memang rugi..


Malam kami ke Malaysia Street untuk cari makanan halal.. korang makanlah di restoran Al-amin tak silap memang murah dari kedai makan lain. Setiap malam aku datang sini nak beli kebab atas motor hehehe. Kopi Vietnam pun sekali sehari aku beli kat atas motor jugak tapi kebanyakkan aku beli kat kedai macam 7eleven tu sebab lagi murah..


Lepak minum bolehlah kedai makan depan hotel ni tapi nak makan memang tak lah kalau dah hidang daging babi kannnn.








Alhamdulillah poskad ni dah selamat sampai ke Malaysia...


Si bunga dengan pakaian kebangsaan Vietnam






Macam biasa beli tshirt tanda dah sampai Vietnam hehehe..



Kuey teow daging tu sedapppp dan korang wajib cuba bila sampai Vietnam


Inilah kebab yang aku suka tuuu


Jalan-jalan sekitar Vietnam naik Uber



Terima kasih Karim sebab setiap hari selalu belikan sekali makanan untuk kami.. ini makanan halal di sekitar masjid yang murah dijual.



Inilah hotel kami..


Karim dan geng..thank you koranggggg..


 Pasar malam depan hotel kami dan sekeliling pasar Bent Than..kena pandai minta tawar kat pasar malam ni..



Good Bye Vietnam..umur panjang kita jumpa lagi..



Dalam perjalanan ke Malaysia, dekat dah nak sampai KLIA 2, aku boleh nampak diseberang ada flight lain yang akan turun di KLIA.. perghh 1st time kot aku nampak flight ada kat sebelah hehehe...

Maaf untuk trip ke vietnam ini memang tiada budget dan perjalanan yang aku sediakan sebab aku main redah aje untuk trip ini. Trip last minit katakan untuk enjoy dari kerja katakan hehehe.

Fuhh lega update entry ini, sebab ada entry trip yang lain nak muncul hahahahahahhaha... mak kena pulun nak, sebab 2018 banyak trip lain nak kena kejar date line update...



Bye....




Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in